Biarkan…
Akan aku biarkan diri ini meluahkan segala perasaan pada Allah Maha Esa. Akan aku biarkan hanya Dia yang tahu bahawa aku akan biarkan diri ini merinduimu dan setia padamu dengan lindunganNya. Akan aku biarkan Dia yang mengatur segalanya. Akan aku biarkan diriku redha dengan ketentuanNya. Aku hanya insan yang hanya mampu meluahkan perasaan yang jujur dari hati ini. Ya Allah, berikan aku ketenangan dan kekuatan, aku cinta padamu ya Allah!
-diandiana




21461
